CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
WHAT WAS HAPPEN IN MY LIFE,FOR ME IT WAS A WONDERFUL IN MY JOURNEY SO FOR THOSE WHO THINK THEY KNOW ME...I FORGIVE U...

COUNTDOWN

Daisypath Wedding tickers

OUR WEDDING ON

OUR WEDDING ON

Sunday, April 21, 2013

~HiJrAh~

Salam..
 Kita ni kadang-kadang rasa kitalah yang paling kuat ujiannya, paling susah kehidupannya, tapi, sebenarnya bila fikir-fikir balik, ada orang yang lebih berat ujiannya, lebih susah kehidupannya. Kita ni je haa yang jarang benar nak rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Asyik rasa tak cukup je. Asyik rasa kurang je. Selagi tak dapat apa yang kita betul-betul nak, selagi itulah kita tak pernah rasa puas.

Kita kena percaya bahawa Allah dah aturkan sebaik-baik kehidupan untuk kita. Cuma lambat atau cepat. At that time la Allah uji adakah kita benar-benar bersungguh dengan apa yang kita hajatkan. Takut-takut cuma hangat-hangat tahi ayam je. Samala macam ujian cinta yang Allah beri ni. Kalau kita betul-betul bersungguh dengan ikatan ni dan yakin bahawa si dia boleh bawa kita menuju SyurgaNya, kenalah rajin berdoa, mintak Allah dekatkan. Kalau lagi bagus, minta restu mak ayah. Bukan setakat I love you, You love me tapi tak ada apa-apa effort ke arah perkahwinan. Useless. Baik hentikan jelah...

 Biarlah cinta ini hadir keranaNya. Kadang-kadang manusia mudah lupa. Mudah lalai. Mudah alpa. Perlu ada teman yang sentiasa mengingatkan. Perlu ada teman yang sentiasa mendoakan. Teguran tanda kasih. Teguran tanda sayang. Penuh kasih sayang. Ingatan itu perlu. Bukan bermusim . Tapi biarlah selalu.



Seikhlas hati,



#p/s~ 

Moga hijrah cinta ini keranaNya, bukan kerananya.

No comments:

Post a Comment

yuhuuuu.....
please leave your message after "BIP!BIP!"