CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
WHAT WAS HAPPEN IN MY LIFE,FOR ME IT WAS A WONDERFUL IN MY JOURNEY SO FOR THOSE WHO THINK THEY KNOW ME...I FORGIVE U...

COUNTDOWN

Daisypath Wedding tickers

OUR WEDDING ON

OUR WEDDING ON

Saturday, July 20, 2013

~CiNtA DuLu2 & CiNtA KiNi~

Salam....
Kebiasaannya dalam proses untuk mengenali pasangan masing2 kita akan berusaha untuk saling menyesuaikan diri antara satu sama lain. Bezanya pasangan sekarang ni,berkenan dulu lepas tu couple dan baru la nak menyesuaikan diri. Patutnya kita kenalah berkawan dulu baru lah kita boleh decide sama ada kita serasi atau tidak dengan dia. Maaf lah aku menulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri.hehehehehe... Suatu ketika dulu aku pun mcm ni jugak..

Kadang2 bila kita dalam fasa mak we/pak we bila timbul masalah,pasangan/diri kita akan paksa untuk terima diri kita/pasangan kerana dah terlanjur sayang dan cinta punya angkara, wlupun ada perkara yang kita kurang berkenan. kita memaksa diri utk terima sebab kita dah beri komitmen pada hubungan tu...Betul x???? Itulah yang aku sendiri pernah alami dan lalui selama bertahun2 dan akhirnya hubungan tu xkemana pun. Sia2 menghabiskan waktu mcm tu jer..Belum kira wang ringgit lagi tu.Menyesal pun ade jugak rasenya..huhuhuu

Dulu2 bercinta banyak berdasarkan faktor emosi.maksudnya terlalu beremosi contohnya, bila si dia ada kawan perempuan/lelaki kita dah duk fikir yang si dia ada scandal,  nk kemana x boleh, nk hang out dengan rakan2 kita kena maklum dulu kena mintak izin bagai padahal status baru couple je kot. Xde plak nk mintak izin kt mak ayah padahal itu lah yang lebih wajib nya kan... Pendek kata itu xboleh, ini x boleh. Tension kan bila berada dalam situasi ni? Hubungan dgn rakan2 pun jadi terjejas..dlu masa single bebas nk hang out dgn rakan2 ni bila dah couple rasa cm duduk dalam sangkar la plak kan..kalau dalam sangkar emas xpe la jugak tapi ini sangkar pun sangkar besi karat...huhuhuhu..Acaner tu??? Yang buatkan hati ni sakit dan terluka bila si dia duk control la kita ni kan,kita pun redha je la...alih2 si dia rupanya yang buat angkara dan onar..huh!!!!
sakit ulu hati rasanya,itu yang jadi la kes berendam air mata berbulan2,bertahun2. Jadi aku ambil perkara tu sebagai ingatan untuk aku di masa akan datang..kihkihkih

Aku nak kongsi sedikit pengalaman aku dengan en tunang aku sekarang. Kami berdua xrancang pun untuk membuat keputusan seawal ni. Kami xpernah confess yang masing2 suka. Ikatan yang terjalin memang atas dasar sahabat baik. Kebetulan kami berdua memang jenis yang rileks terutamanya en tunang yang memang seorang yang cool.Jadi bila kami dah bertukar status sbgai tunangan,perwatakan kami tetap sama. Kami xske pening2 kepala itu xboleh ini xboleh. Masing2 tahu apa yang patut dan apa yang xpatut dilakukan. Saling percaya dan jujur. Dah cukup.... Apa yang membezakan adalah aku lebih mengambil tahu dan belajar apa yang en tunang minat dan suka.

Lagipun dalam sesebuah hubungan ni jangan terlalu banyak perkataan JANGAN. Nanti yang jangan tu la lagi kita nak buat. kalau dia betul2 jodoh kita,kita xperlu risau sebab dia akan tetap jadi milik kita. yang paling merimaskan adalah bila kita terlalu kuat mengongkong. Rileks2 sudah.Sampai masa tup tup dia ajak kahwin. Tak payah nak bercinta teruk2 nak berendam air mata bagai...Tu aku la dulu tu....hehehehe.. tapi apa yang aku lalui dulu aku jadikan pengajaran. Belajar dari kesilapan dan pengalaman. Aku dulu pun ada jugak perangai xsemenggah.hihihihi.. Akan tiba satu thap di mana kita rasa kita dah malas nak mencari cinta, alih2 cinta tu akan datang dengan sendirinya dan lagi sweet bila cinta tu terus ajak kahwin...hihihihi. Senang citer kan xpayah nk couple2 pun.

Aku kenal en tunang melalui Go Sms kemudian ke FB.Langsung ke Whatapps..Kami mula berkawan ujung dec 2012.Berkawan dah lama akhirnya kami berjumpa dan kenal pada 29 MEI 2013. Itulah detik pertama berjumpa kat STEAK HOUSE KG BARU. Itu pun jumpa atas dasar sahabat belum wujud lagi rasa suka. After dari pertemuan ni kot aku mula rasa bibit2 suka.ceh...poyo..... Tau2 jer en tunang dah pakat ngn mama.En tunang dh mik jalan untuk berkenalan dgn mama tanpa aku sempat kenalkan mereka. Sungguh pantas en tunang bertindak. Alih2 aku tau yang aku akn bertunang.Rasa serasi dan selesa bersama sebab en tunang jenis yang xmemeningkan kepala aku,jenis cool dan rileks je xsuka nak marah2 apatah lagi mengongkong. Kalau ada xkena en tunang akan tegur cara elok. En tunang pun jenis yang suka melawak...Itu la kelebihan en tunang cuma biasa la manusia pasti ada kelemahannya,jadi pandai2 la seimbangkan.In shaa Allah kalu dah jodoh kami Allah akan permudahkan..Amiin




#p/s~ mencintai manusia jangan sampai melebihi mencintai Pencipta kita..peringatan utk ku dan juga semua..


Seikhlas hati,




No comments:

Post a Comment

yuhuuuu.....
please leave your message after "BIP!BIP!"